Friday, June 20, 2014

Tips Hilangkan Jerawat Dengan Cepat


TIPS HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT

 

Lelaki kacak tidak sukakan wanita berjerawat. Perempuan pula pandang rendah terhadap lelaki yang berjerawat. Semenjak dari dulu jerawat memang menjadi permasalahan utama bagi wanita. Sekarang lelaki juga berasa stress disebabkan masalah ini. Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri dan ia juga mengurangkan keyakinan diri seseorang. Terdapat pelbagai factor yang menyumbang kepada masalah ini seperti factor makanan, hormone, stress ataupun tekanan, alat solek dan lain-lain.


Pelbagai cara digunakan untuk menghilangkan jerawat.  Tips hilangkan jerawat dengan cepat muggunakan cara tradisional terdiri daripada bahan-bahan semulajadi seperti madu, kulit kayu manis, timun, tomato dan lai-lain lagi. Cara moden pula terdiri daripada pelbagai jenis krim dan pencuci muka seperti krim Follow Me, krim Oxy dan sebagainya. Setiap cara mempunyai tahap brekesanan yang berlainan. Cara tradisional memang baik dan tidak mempunyai kesan sampingan berbanding dengan krim muka. Tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit. Berikut adalah antara tips hilangkan jerawat dengan cepat dan semula jadi  yang boleh dicuba di rumah anda sendiri.


Daun Sirih

Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas. Tunggu hingga air sejuk dan daun layu. Basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan ia kering dengan sendiri.



Daun jambu

Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda. Ambil bahagian pucuknya dan cuci sehingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut.  Amalkan selalu dan hasilnya boleh dilihat dalam beberapa hari.



Asam Jawa dan Kunyit

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa ketul kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit ai sampai sebati. r. Selepas itu, sapukan campuran itu seluruh muka anda.  Biarkan selama 20 minit dan basuhkan dengan bersih . Amalkan selalu. Muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.



Bedak Sejuk

Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa.  Sapukan campuran itu di tempat  yang ditumbuh jerawat. Jerawat akan beransur hilang jika disapu setiap hari.



Air Basuhan Beras.

Air basuhan beras jangan dibuang.  Ia mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras  yang ketiga.  Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Setelah kering, cuci dengan air suam atau air bersih. Amalkan selalu jika agar kesannya dapat dilihat dengan cepat.



Kanji

Tepung kanji ataupun kanji nasi boleh digunakan untuk menghalang  jerawat dari ditumbuh.Campurkan larutan kanji dengan air dan sapukan di sekeliling jerawat yang timbul. biarkan ia kering dengan sendirinya di muka. Cuci dengan air suam Ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.



Daun Teh

Ambil sebungkus daun teh yang masih berwarna hijau dan rendam dalam air yang bersih.  Didihkan daun teh tersebut. Kemudian sapukan di tempat yang ber jerawat. Jerawat akan hilang beransur-ansur.



Tepung Susu

Bancuh satu sudu susu tepung dengan sedikit air.  Sapu dan ratakan pada keseluruhan muka setiap malam sebelum tidur. Setelah kering, bilas dengan air suam.  Amalkan setiap hari.

 
Putih Telur

Putih telur  berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang menjadi penyebab utama timbulnya jerawat . Campurkan putih telur bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata campuran itu dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering mungkin 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air suam sampai bersih. Petua ini memang berkesan untuk kulit bermasalah dan dapat mengatasi  masalah jerawat. Amalkan dua kali seminggu.

 

Beras dan Daun Inai

Ambil segenggam beras dan segenggam daun inai. Tumbuk kedua-duanya sampai lumat.  Bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara.  Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis.  Sapukan campuran itu pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang.  Amalkan dua kali seminggu sampai jerawat berkurangan.

 

Kulit Kayu Manis

Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada alas pengasah. Campurkan kulit kayu manis dengan sedikit madu.  Air biasa boleh digantikan dengan madu. Jadikannya sebagai mask dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan minimum tiga kali seminggu. Kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Selepas dah biasa,  bolehlah anda sapu dengan tebal.

 

 

Ubat Gigi

Selain pembersih gigi, ubat gigi juga boleh digunakan sebagai ubat untuk jerawat. Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan sampai pagi,  kemudian  di bilas dengan air suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga boleh  menyerap minyak pada wajah.

 

Tomato

Tomato sangat terkenal untuk kecantikan kulit. Selain mencerahkan kulit, ia boleh digunakan untuk rawatan blackheads dan pori terbuka pada permukaan kulit. Belah tomato dan gosok pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering dan kemudian cuci dengan air. Rawatan ini sangat sesuai untuk orang yang muka berminyak. Untuk hasil yang terbaik, sila amalkan juga dengan makan tomato.

 

 Timun

Selalunya timun diguna untuk menyegarkan mata. Tapi untuk menjadi cantik bolehlah kisar timun sehingga hancur dan menjadi sebatian. Kemudian sapu sebatian itu di kawasan yang berjerawat. Biarkan selama 30 -45 minit kemudian bilas dengan air bersih. Ini adalah cara termudah menghilangkan jerawat. Selain itu, kulit juga akan nampak lebih muda.

 

Madu

Madu idikenali sebagai " natural bacteria fighter and mosturizer" . Satu sudu besar madu disapu keseluruh bahagian muka dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu, cuci menggunakan air suam dan ulanginya setiap minggu.  Cara lain ialah madu dicampur dengan serbuk kulit kayu manis. Gaulkan sampai sebati dan sapukan ditempat berjerawat. Sapukan sebelum tidur dan basuh esok pagi dengan air suam. Ulangi langkah selama dua minggu, jerawat hilang selamanya.

 

 

Selain guna bahan- bahan diatas, diet yang betul juga dapat membantu menghilangkan jerawat.  Cara pemakanan kita adalah faktor terbesar samada menjadikan kita makin sihat atau kurang sihat. Biasanya perkataan diet lebih fokus mengenai masalah kegemukkan dan obesiti.  Tetapi ia juga mempunyai potensi yang tinggi bagi masalah jerawat. Untuk mengelakkan jerawat, kita perlu mengelakkan makanan yang terlalu berminyak dan bergula.  Dibawah adalah jenis makanan yang perlu dielakkan dan macam mana ia membantu untuk mengurangkan masalah jerawat.

 

Kurangkan pengambilan gula

Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula yang berlebihan kuantiti mampu menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula banyak adalah coklat, kek , makanan ringan dan minuman ringan.

 

Minyak ikan membantu jerawat sembuh

Ikan bukan sahaja pembekal protein kepada badan kita. Ikan juga mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit kita dan bantu untuk mencegah pembentukkan jerawat di muka. Ikan masak sup adalah lebih baik daripada bergoreng sebab ia tidak mengandungi minyak.

 

Vitamin untuk mencegah jerawat

Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5. Contoh terbaik makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti betik, pisang dan apple.

 

Inilah cara-cara yang mudah dan berkesan untuk mengurangkan jerawat di muka.  Setiap orang mempunyai jenis kulit berlainan. Oleh itu, tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada setiap individu. Kekerapan amalan dan usaha kita yang akan menentukan kejayaan kita. Untuk mendapatkan kesan yang effektif, perlulah rajin dan konsisen.  Jadi, amalkan selalu supaya kulit anda sentiasa sihat dan cantik sepanjang masa.

No comments:

Post a Comment